Monday, November 29, 2010

epal...

Ini ada sebuah kisah yang dimana ada seorang pemuda berbangsa arab yang suka mengembara.


         Pada suatu hari, sedang pemuda itu keletihan akibat mengembara , dia berehat di sepohon pokak di tebing sungai , selepas itu sebiji epal melalui dihadapannya mengikut arus sungai tersebut , kebetulan pemuda itu lapar dan dia memakan buah epal tersebut . Diaa berfikir sejenak , adakah buah yang dimakannya itu ada tuannya atau tidak , dia mengiktut aliran sungai tersebut dan menemui sebuah rumah dan di sebelahnya ada sebuah ladang,"buah ini mesti dari ladang ini"kata pemuda tersebut di dalam hati . 

        Dia pun melangkan kakinya ke halaman rumah tersebut dan mengucapkan salam kepada penghuni rumah tersebut , suara lelaki yang sudah berumur kedengaran , dia menanya "adakah buah epal yang saya makan ini adalah buah dari ladang ini?"lelaki tua tersebut menjawab "ya memang betul buah tersebut buah dari ladang saya" pemuda tersebut berkata lagi"pak cik halalkan buah yang saya makan ni"lelaki tua tersebut halalkan tetapi dengan syarat pemuda tersebut perlu bekerja dengan lelaki tersebut selama 8 tahun . Pemuda tersebut melakukan apa yang disuruh oleh lelaki tua tersebut.


  Sudah 8 tahun berlalu , pemuda tersebut ingin mengizinkannya pulang.Lelaki tua tersebut memberhentikan niat pemuda tersebut pulang . Lelaki tua tersebut memberi ganjaran diatas jasa pemuda tersebut . Ganjarannya adalah pemuda tersebut dikahwinkan dengan anak lelaki tua tersebut yang PEKAK , BISU DAN CACAT...pemuda tersebut terpaksa bersetuju dengan ganjaran tersebut .


    Pada malam pertama selepas dinikahkan pemuda tersebut dengan anak lelaki tua tersebut , pemuda tersebut melihat isterinya yang sebenarnya tidak PEKAK , BISU dan CACAT malahan seperti wanita yang lain . Pemuda tersebut pun menanyakan tentang anak lelaki tua tersebut .Lelaki tua tersebut menjawab anaknya sebenarnya tidak pernah mendengar perkara yang tidak elok , melihat perkara yang tidak elok ,dan melakukan perkara yang tidak elok ....


                                                  Kesimpulanya lelaki yang baik untuk wanita yang baik



        








 

Wednesday, November 24, 2010

Adakah sejarah akan berulang?

Apa-apa yang dahulunya berlaku akan berlaku lagi jika kesilapan lalu tidak diketahui dan tidak dibaiki. Sesuatu yang dilalui sebagai rakaman kehidupan dan dianggap sebagai sejarah. Pembaikan yang berterusan dengan ketinggian daya juang dan kawalan yang berhati-hati mampu membatasi kesilapan-kesilapan yang dialami.


Kenali sejarah keluarga supaya warisan sikap dan warisan fizikal mampu membentuk kesejahteraan dalam kehidupan. Kenali keluarga anda supaya diketahui perwatakan dan perkembangan fizikal yang ada. Keturunan boleh menentukan segala-galanya, oleh itu kenali dengan mendalam watak-watak yang ada dalam keluarga anda. Kaji kejayaan, kekuatan, dan kekurangan generasi keluarga yang terdahulu. Genetik yang ada bukan sahaja menentukan rupa fizikal atau warisan penyakit malah peristiwa dalam kehidupan seharian.


Generasi awal keluarga anda mungkin pemidato hebat, peniaga tersohor, pemimpin terhebat, atau penyanyi popular dan bermacam-macam lagi. Kenali watak-watak terdahulu supaya menjadi panduan dan awasan demi kesejahteraan hari-hari yang mendatang. Lihat sahaja manusia yang berjaya hari ini, dari mana asalnya keturunan itu, misalnya kegemilangan Khalifah Umar Abd.Aziz , baginda berketurunan daripada Khalifah Umar al-Khattab.


Kiranya anda tahu apa-apa yang telah berlaku anda boleh meramal kejayaan akan datang. Jadikan pengalaman dahulu sebagai bimbingan dan panduan kehidupan yang serba mencabar hari ini.

Didik Matlamat


Didik diri menjadi insan gemilang. Capai kegemilangan dengan membina matlamat. Matlamat ditetapkan secara jelas dan mampu dihasilkan.


Matlamat yang jelas teras pembentukan sikap. Matlamat mendorong perancangan gerakan dan menentukan haluan. Tanpa matlamat gerakan kehidupan akan tersesat dan hanya berpusing-pusing pada medan tanpa hentian.


Langkah pertama mendidik diri menjadi insan gemilang ialah menetapkan matlamat. Tetapkan matlamat yang upaya pada diri untuk mencapainya. Elakkan diri daripada menjadi pewaris pada apa yang ada dan hanya memenuhi apa-apa yang diarahkan sahaja. Jadilah insan yang berani mencuba,berani gagal, dan berani mengubah keadaan diri dan persekitaran.
Selamat Maju Jaya.

ZAHIRKAN MATLAMAT

Didik diri untuk kejayaan dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat seDidik diri untuk kejayaan dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat sebagai penggerak tindakan. Matlamat sebagai impian, namun ia tidak sekadar impian yang diimpikan sahaja. Oleh itu, matlamat perlu ditulis, dilihat, dibaca, dan dihayati.

Matlamat yang ditulis menjadikan tenaga untuk bertindak mencapainya lebih tinggi daripada matlamat yang sekadar lintasan di hati. Setelah ditulis matlamat, lihatlah setiap hari, sebaik-baiknya sebelum tidur dan dilihat pula di pagi hari.

Melihat setiap hari matlamat yang ingin dicapai melahirkan ketekalan semangat. Inilah motivasi utama yang membolehkan ramai orang berjaya di dunia kerana memiliki ketekalan atau istaqamah dalam melakukan sesuatu. Selamat Maju Jaya.
bagai penggerak tindakan. Matlamat sebagai impian, namun ia tidak sekadar impian yang diimpikan sahaja. Oleh itu, matlamat perlu ditulis, dilihat, dibaca, dan dihayati.

Matlamat yang ditulis menjadikan tenaga untuk bertindak mencapainya lebih tinggi daripada matlamat yang sekadar lintasan di hati. Setelah ditulis matlamat, lihatlah setiap hari, sebaik-baiknya sebelum tidur dan dilihat pula di pagi hari.

Melihat setiap hari matlamat yang ingin dicapai melahirkan ketekalan semangat. Inilah motivasi utama yang membolehkan ramai orang berjaya di dunia kerana memiliki ketekalan atau istaqamah dalam melakukan sesuatu. Selamat Maju Jaya.
gan menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat sebagai penggerak tindakan. Matlamat sebagai impian, namun ia tidak sekadar impian yang diimpikan sahaja. Oleh itu, matlamat perlu ditulis, dilihat, dibaca, dan dihayati.

Matlamat yang ditulis menjadikan tenaga untuk bertindak mencapainya lebih tinggi daripada matlamat yang sekadar lintasan di hati. Setelah ditulis matlamat, lihatlah setiap hari, sebaik-baiknya sebelum tidur dan dilihat pula di pagi hari.

Melihat setiap hari matlamat yang ingin dicapai melahirkan ketekalan semangat. Inilah motivasi utama yang membolehkan ramai orang berjaya di dunia kerana memiliki ketekalan atau istaqamah dalam melakukan sesuatu. Selamat Maju Jaya.
untuk kejayaan dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat sebagai penggerak tindakan. Matlamat sebagai impian, namun ia tidak sekadar impian yang diimpikan sahaja. Oleh itu, matlamat perlu ditulis, dilihat, dibaca, dan dihayati.

Matlamat yang ditulis menjadikan tenaga untuk bertindak mencapainya lebih tinggi daripada matlamat yang sekadar lintasan di hati. Setelah ditulis matlamat, lihatlah setiap hari, sebaik-baiknya sebelum tidur dan dilihat pula di pagi hari.

Melihat setiap hari matlamat yang ingin dicapai melahirkan ketekalan semangat. Inilah motivasi utama yang membolehkan ramai orang berjaya di dunia kerana memiliki ketekalan atau istaqamah dalam melakukan sesuatu. Selamat Maju Jaya.

DEMI MASA


Kehidupan adalah perlumbaan. Hanya mereka yang terlatih, cekal, bersemangat, dan berkeyakinan mampu ke garisan penamat (kejayaan). Ketika berlumba, antara saingan yang dihadapi ialah hambatan masa dan kekangan masa. Kedua-dua ini perlu diurus dengan cekap agar kemenangan dapat digapai.
Antara teknik menguruskan masa ialah menentukan keutamaan. Yang utama didahulukan dan sentiasa mengamalkan sikap menghargai masa. Musuh dalam pengurusan masa ialah sikap yang membenarkan kebocoran dan ketirisan penggunaan masa. Perancangan dan penetapan tindakan mampu mengatasi segala-galanya.
Masa perlu diurus dengan cekap. Kebocoran dan ketirisan dalam pengurusan masa menyebabkan kita kehilangan peluang dan ruang menggapai kejayaan. Oleh itu, didik diri merancang perjalanan kehidupan agar sesuatu tindakan dapat disiapkan sebelum masanya atau mengatasi masa penamat.
Perancangan yang tersusun menjadikan kita mampu menyaingi masa dan akhirnya menjadi pemenang.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” ( Maksud Surah Al-Asr ayat 1-3)

Tuesday, November 23, 2010


Susah sangat ke nak menghafal

Susahlah nak hafal Quran…”, “Saya dah hafal hadis ni dulu, sekarang dah lupa..”, “Macamana cara nak bagi lekat apa yang kita hafal?”. Bermacam-macam keluhan dan persoalan kedengaran dari mulut-mulut penuntut-penuntut ilmu.
Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu kaedah hafalan yang betul. Maksud hafalan yang betul, bukan setakat bagaimana cara nak mengingat. Sebab ramai orang boleh menghafal sesuatu ayat atau hadis dalam masa beberapa minit, malah beberapa saat!! Masalahnya, berapa lama hafalan itu kekal dalam memori. Sehari? Seminggu? Atau sebulan? Mungkin boleh tahan sampai setahun? Atau mungkin boleh sampai sepanjang hayat?
  • Cuba soal diri masing-masing, kenapa kita boleh ingat surah al-Fatihah sebegitu lancar? Tidak pernah sepanjang hidup kita tersalah baca surah al-Fatihah. Mungkin sambil tidur pun ada yang mengigau dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul.Ada yang kata: Surah Fatihah dihafal masa kanak-kanak. Mana boleh disamakan dengan hafalan ketika dewasa. Bukankah menghafal di waktu kecil umpama memahat pada batu, dan menghafal ketika dewasa umpama memahat pada air?Ya, itu satu faktor. Ada satu lagi faktor lain yang menyumbang kepada lekatnya hafalan Fatihah itu. Iaitu berapa kali kita sudah mengulangi bacaan Fatihah. Kalau dalam sehari, sekurang-kurangnya 17 kali kita baca Fatihah iaitu dalam setiap rakaat sembahyang, bererti dalam sebulan saja ia diulang lebih 450 kali!! Ambil kaedah ini, mengulang-ulang setiap suatu yang mahu dihafal sebanyak beratus-ratus kali.Percayakah anda, penuntut-penuntut ilmu di negara Mauritania menghafal hadis dengan mengulangnya sebanyak hampir seribu kali?!! Begini kaedahnya. Katakan seseorang mahu menghafal hadis-hadis dalam kitab Bulugh al-Maram. Pada hari pertama, ambil satu hadis sahaja dan baca berulang kali sebanyak 300 kali.
    Pada hari kedua, hafal pula hadis kedua, ulang sebanyak 300 kali juga. Selepas dihafal untuk hari kedua, ulang pula hadis hari pertama sebanyak 150 kali.
    Masuk hari ketiga, hafal hadis baru. Ulang sebanyak 300 kali. Kemudian ulang hadis sebelumnya (hari kedua) sebanyak 150 kali. Dan ulang hadis hari pertama sebanyak 75 kali.
    Pada hari keempat, hafal hadis baru. Ulang sebanyak 300 kali. Kemudian, ulang hadis hari ketiga sebanyak 150 kali, hadis hari kedua sebanyak 75 kali, dan hadis hari pertama sebanyak 35 kali. Ikutlah kaedah ini pada hari-hari berikutnya.
    Ini bererti, satu-satu hadis yang dihafal sekurang-kurangnya dalam masa empat hari sudah diulang sebanyak: 300 + 150 + 75 + 35. Jawapnnya: 560 kali!!!
    Untuk hafalan Al-Quran juga, kaedah sama digunakan. Cuma mereka di Mauritania kebiasaan memulakan hafalan Al-Quran dengan mengulang satu muka sebanyak 500 kali. Keesokannya diulang sebanyak 250 kali. Hari seterusnya diulang sebanyak 125 kali. Hari keempat diulang sebanyak 60 kali. Jumlahnya hampir 1000 kali!!!
    Kelebihan cara ini, hafalan yang dibuat akan masuk dalam memori jangka panjang dan berkekalan sampai bila-bila. Ia akan jadi seperti bacaan Fatihah. Cuma, memerlukan sedikit kerajinan dan istiqamah. Tetapi hasilnya amat bermanfaat.
    Untuk memudahkan anda mengira jumlah ulangan, anda boleh menggunakan alat mengira, samada jenis lama atau jenis digital. Kalau mahu menggunakan jari pun boleh, cuma memenatkan. Anda juga boleh menggunakan tasbih bertali untuk membantu mengira ulangan anda. Cuma ada baiknya, menggunakan alat seperti tally counter.
    Dengan cara hafalan seperti inilah, kita melihat ulama-ulama Syanaqitah (Mauritania) malahan penuntut-penuntut ilmu di sana mampu menghafal satu-satu matan dari kulit ke kulit. Ada diceritakan seorang kanak-kanak perempuan belasan tahun mampu hafal Al-Kamus Al-Muhith. Banyak lagi cerita tentang hafalan mereka yang sangat ajaib. Sebenarnya, setiap orang mampu membuat keajaiban. Rahsianya ialah kesungguhan, kerajinan, dan istiqamah. Anda juga mampu melakukannya.


  • Cara menjadi wanita solehah

    Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
    Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
    1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    2. Taat kepada suami
    Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
    1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
    - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
    - Wajib menutup aurat
    - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
    - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
    - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
    - Berbuat baik kepada ibu & bapa
    - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
    - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
    - Bersikap baik terhadap tetangga
    2. Taat kepada suami
    - Memelihara kewajipan terhadap suami
    - Sentiasa menyenangkan suami
    - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
    - Tidak bermasam muka di hadapan suami
    - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
    - Tidak keluar tanpa izin suami
    - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
    - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
    - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
    - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
    FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
    Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
    Faktor-faktor tersebut ialah:
    1) Lupa mengingat Allah
    Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
    ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
    Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
    “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
    Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
    2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
    Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
    ” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
    3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
    4) Lemah iman.
    5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
    Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.



    Kemuliaan Ulama sehingga mati

    Jenazah Imam Ahmad bin Hanbal

    Pada hari wafatnya Imam Ahmad bin Hanbal, tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya.

    Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."

    Jenazah Imam Bukhari

    Ghalib bin Jibril berkata: “Kami telah menunaikan pesanannya (Imam Bukhari), sudah mengafaninya, kemudian menyolatkannya, barulah kami memasukkannya ke dalam liang lahad. Sejurus itu terdapat bau yang amat wangi seperti ‘Misk’ terbesar dari tanah perkuburannya dan ia berterusan beberapa hari.”

    Jenazah Tok Kenali

    Di tengah-tengah suasana yang sepi, berduyun-duyun manusia yang berwajah sebam, hampir semuanya berkopiah, berserban dan bersongkok telah memasuki saf untuk mensolatkan jenazah Tok Kenali. Mereka kelihatan penuh khusyuk dan insaf.

    Bersaf-saf orang mengangkat takbir, susul-menyusul. Alim ulama, guru-guru dan murid serta orang kampong tua-muda datang bersolat tanpa meminta upah dan habuan, demi untuk kebahagiaan roh Tok Kenali buat selama-lamanya. Orang-orang besar dan berpangkat dari ibukota, tidak juga ketinggalan.

    Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan jenazahnya disolatkan lebih 1,000 orang yang ikhlas kepada Allah.

    Tok Kenali wafat pada 19 November 1933 M

    Jenazah Badiuzzaman Said Nursi

    Pertama kali berita duka wafatnya Badiuzzaman Said Nursi, tersebar di Urfah dan tidak lama kemudian masyarakat kota ini tampak berhimpun di sekitar hotel. Kemudian berita ini tersebar di bandar-bandar Turki yang lain. Masyarakat luas dari luar Urfah berdatangan sehingga kota ini seketika menjadi lautan manusia yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada pahlawannya.

    Jenazah Said Nursi dipikul para murid dan orang-orang yang mencintainya dengan diiringkan oleh puluhan ribu penghantar jenazah dan dengan disertai hujan yang turun rintik-rintik untuk dikebumikan di pemakaman Ulu Jami.

    Said Nursi wafat pada 23 Mac 1960.

    Jenazah Syeikh Mutawalli Sya'rawi

    Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun. Iaitu Syeikh Mutawalli Sya'rawi.

    Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

    Syeikh Sya'rawi wafat pada 17 Jun 1998.

    Jenazah Syeikh Abdul Aziz bin Baz

    Pada hari wafatnya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, seramai 50,000 orang telah menghadiri upacara pengkebumian beliau. Semoga Allah SWT merahmati beliau. Amin.

    Syeikh Abdul Aziz wafat pada 13 Mei 1999.

    Jenazah Syeikh Al-Albani

    Sesaat setelah wafatnya Syeikh Al-Albani, jenazah beliau dipersiapkan untuk segera dimakamkan sesuai dengan amanatnya dalam surat wasiat yang telah ditulisnya sejak sepuluh tahun sebelum wafatnya.

    Selepas solat isyak pada malam itu juga, jenazah beliau disolatkan oleh kurang lima ribu orang, diimami oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Syuqrah kemudian dengan berjalan kaki, mereka membawa jenazahnya untuk dimakamkan di pemakaman terdekat.

    Syeikh Al-Albani wafat pada 2 Oktober 1999.

    Jenazah Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

    Pada hari wafatnya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, seramai 500,000 orang telah menghadiri upacara pengkebumian beliau. Semoga Allah SWT merahmati beliau. Amin.

    Syeikh Muhammad wafat pada 10 Januari 2001.

    Jenazah Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki

    Pada hari wafatnya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, hampir 300,000 manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih. Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan. Allahu Akbar.

    Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.

    Sayyid Muhammad wafat pada 29 Oktober 2004.


    dicatat oleh: qalam abid (zulhusni pelajar smka kerian)

    RIBA???

    Apakah maksud RIBA?

              Senang cakap, maksud  RIBA adalah suatu unsur RASUAH , rasuah atu riba amat ditegah dan dilarang oleh islam , semalam saya menonton satu rancangan telivision yang membingcangkan isu RIBA .

            Sekarang ini sudah banyak bank-bank yang mengamalkan perniagaan mereka dengan menggunakan riba atau rasuah .Anda semua perlulah berhati- hati semasa berurusan dengan bank-bank yang tiada unsur islam dalam perniagaan mereka.


            Rancangan telivision yang saya tonton semalam ada menasihatkan agar kepada umat islam yang masih berurusan dengan bank-bank yang menggunakan riba sebagai cara-cara mereka berniaga.


            Kenapa islam larang umat islam agar tidak terjebak dengan atau rasuah? Kerana wang yang kita terima daripada unsur-unsur riba kita mesti belanjakannya untuk membeli barang keprluan seperti makanan , makanan yang kita makan daripada wang RIBA akan menjadi darah daging kita , jika kita mempunyai keluarga , wang tersebut mesti kita gunakan untuk menyara hidup keluarga kita , seperti yang saya katakan tadi makanan daripada unsur-unsur riba akan menjadi darah daging kita atau anak-anak kita , itu sebab sekarang ramai anak-anak yang buruk akhlaknya , ini semua disebabkan pemakanan mereka .

    23 November 2010

    Lebih Setengah Juta Pelajar Mula Duduki SPM Dan STPM

    16 Zulhijjah 1431H

    KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

    Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.

    Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03- 61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

    Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.-

    mStar/-

    Monday, November 22, 2010


     



             


             

    teka-teki??????????????????????????????????????????????????????

    1. teka-teki 
        teki tu ape?

    jawapan:teki tu ayam belanda dalam bahasa inggeris (turkey)


    2.kenapa kalau cikgu suruh bayar yuran pelajar suka mengelak daripada membayar yuran ?

      
    jawapan:sebab maksud 'yuran' adalah 'you run' kamu lari, itu sebab pelajar suka mengelak daripada membayar yuran

    3.What are keys that are cannot put in the pocket?

     jawapan:monkeys


    risalah............

    Saya mengikuti kuliah maghrib di sekolah SMKAK iaitu sekolah saya ,


                    Pada malam tersebut saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh pelajar senior sekolah saya dengan penuh tekun........Tajuk kuliah maghrib yang disampaikan olehnya ialah RISALAH.........



                   Senior tersebut menceritakan suatu kisah yang ada kaitan dengan RISALAH ......Kisahnya bermula dengan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai tiga orang anak yang soleh-solehah.
    Kegiatan anak-anaknya ialah pada setiap hari jumaat selepas solat jumaat , ayahnya menyuruh anak- anaknya mengedarkan risalah-risalah tentang agama kepada jiran-jiran tetangga........



                  Anak-anaknya mentaati perintah ayahnya itu tanpa alasan , itulah anak yang soleh dan solehah.
    Pada suatu hari hujan lebat membasahi tempat dimana tempat yang keluarga tersebut tinggal ,
    anak lelakinya ingin keluar mengedarkan risalah yang diberikan oleh ayahnya , sebelum anak lelakinya 
    keluar, ayahnya memberi nasihat agar berhati-hati semasa mengedarkan risalah-risalah tersebut.....




                Anaknya berjalan sambil memegang risalah yang agak banyak .Satu demi satu risalah diedarkan kepada jiran-jiran tetangga . Susah juga anak lelakinya mengedarkan risalah tersebut kerana anaknya perlu memegang payung agar badannya tidak basah dihujani air hujan . Akhirnya tinggal satu sahaja risalah yang perlu diedarkan , anaknya berjalan dan menemui sebuah rumah banglo yang agak besar
    anak lelakinya pergi ke rumah banglo tersebut dan mengetuk pintu sambil memberi salam, agak lama juga anak lelakinya menunggu penghuni rumah tersebut keluar.



               Seperti yang dihajatkan oleh anak lelakinya penghuni rumah tersebut keluar , selepas itu keluarlah seorang wanita yang dalam keadaan tidak terurus anaknya pun terus memberikan risalah tersebut.

              




                Pada suatu hari sedang ayahnya memberi kuliah , bangun seorang wanita yang berada di saf muslimat , wanita tersebut menceritakan pengalamannya sewaktu mendapat risalah daripada seorang budak yang bercahaya wajahnya ." Dengan pemberian daripada budak tu saya terasa suatu NUR
    dan HIDAYAH daripada ALLAH datang kepada saya kerana sebelum saya mendapat risalah tersebut saya sudah bersiap sedia untuk BUNUH DIRI.................."





                Dengan cerita yang diceritakan oleh wanita tersebut timbul perasaan setinggi-tinggi syukur kehadrat illahi kerana telah dikurniakan anak yang soleh ............

    Sunday, November 21, 2010

    lataqrobuzzina............

                 Bererti janganlah engkau mendekati zina......jika kita mempunyai pasangan kekasih secara suka2 itu juga boleh membawa diri kita ke arah penzinaan.....ZINA ini bukan sahaja melakukan perkara seperti berkhalwat tetapi dia terbahagi kepada banyak perkara seperti ZINA mata , mulut , telinga dan yang terakhir ZINA yang susah  untuk kita elakkan iaitu ZINA hati.....cth:kita menyukai seseorang sehingga selalu teringatkan SI  DIA .....

    bertaubatlah.......

            Kepada remaja yang masih hanyut dibawa arus kemodenan , saya menasihatkan kepada anda agar segeralah bertaubat kerana ALLAH amat menyukai hambanya yang masih muda bertaubat dengan taubat nasuha yakni taubat yang bersungguh-sungguh dan berazam untuk tidak melakukannya lagi....insyaallah.........

    DUNIA????????

        1.  Apa benda yang paling ringan di dunia ini?


          jawapan: solat , kerana solat kita senang2 tinggalkan 


      
     2.   Apa benda yang paling berat di dunia ini?


         jawapan: amanah , kerana jika kita tinggalkan dan abaikan amanah yang diberikan kepada kita ,                                                                            kita akan berdosa





      3.  Apa benda yang paling tajam di dunia ini?




            jawapan: lidah , kerana apa yang kita katakan kadangkala menyinggung perasaan seseorang sehinggakan seseorang itu berdendam dengan kita .... Selain itu, dengan lidah juga, apabila kita menfitnah seseorang dosanya melebihi dosa membunuh........

    guru

            Ramai yang kata guru ibarat lilin , sebenar tanggapan itu salah kerana guru sebenarnya ibarat matahari yang sentiasa menerangi seluruh alam ini......bukan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri....... 

    cinta yang kekal abadi

          Cinta kepada  bunga akan layu , cinta  kepada manusia akan berpisah , cinta kepada Allah akan kekal abadi........
                       Janganlah kita perkatakan apa yang tidak kita lakukan cth:seseorang yang menyuruh orang yang lain membuat perkara yang baik tetapi dirinya melakukan perkara kejahatan ... oleh itu, jagalah pertuturan kita............

    nikmat&ujian

                     Nikmat yang dianugerahkan daripada Allah kepada  hambanya adalah suatu ujian , ujian yang Allah anugerahkan kepada hambanya adalah suatu nikmat renungkanlah.... 

    Saturday, November 20, 2010

    sahabat

                                  Aku mencari sahabat yang sejati , jika aku dapat aku ingin setia padanya...