Powered By Blogger

Sunday, January 30, 2011

pesanan

  Salam , ini pesanan kepada pelajar2 asrama terutama lelaki , kalau anda bermain pada waktu petang dan berpeluh tukarlah baju anda kerana sesiapa yang sensitive terhadap virus yang menyebabkan kegatalan akan menyebabkan badannya penuh dengan kudis ... Tidak lupa juga kalau anda berpenyakit ibu dan bapa pasti akan memarahi anda dan akan ada orang yang enggan menghampiri diri anda...

Saturday, January 29, 2011

ibu

     Ibu,seorang wanita yang bergelar ibu ini ialah wanita yang sungguh akan diri kita dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan dia melahirkan kita dengan susah payah...
     Ingatlah wahai anak , janganlah engkau menyakiti hati ibu walaupun dengan mengata ah sekalipun mendapat dosa .  
     Di sini ada satu cerita ada seorang pemuda kampung hidup bersama -sama dengan ibunya . Pemuda ini sangat mentaati perintah ibunya dan pemuda ialah pemuda yang soleh . Pada suatu hari, apabila dia pulang daripada menunaikan solat asar di surau berdekatan dengan rumahnya,dia menunggang motor arwah bapanya apabila dia ingin membelok ke arah kanan di selekoh tajam tanpa disangka sebuah lori melanggarnya . Terbabas pemuda tersebut tanpa diduga , kepalanya pecah , tangannya patah dan mengalir darah daripada tubuhnya . 
     Ibunya mendapat khabar bahawa anaknya kemalangan . Ibunya bergegas pergi ke tempat kejadian , dengan perasaan yang sungguh sedih dan hiba ibunya mengalirkan air jernih dari kolam matanya melihat sekujur tubuh anaknya di atas jalan...
     Kemudian datang beberapa anggota jabatan pertahanan awam ingin membersihkan tempat kejadian , ibunya menghalang pekara itu berlaku kerana ibunya ingin mengangkat beberapa organ badan anaknya yang terkeluar daripada tubuh anaknya....
     Peristiwa ini sungguh menyayat hati .........

epal...

   Wanita ibarat epal yang segar diatas pokok . Wanita yang solehah ibarat epal yang berada di atas sekali , apabila merendahkan martabatnya ibarat epal yang gugur ke atas tanah . Hanya lelaki yang soleh dan tabah sahaja boleh mendapat wanita yang solehah ibarat epal yang berada diatas sekali di atas pokok...

Friday, January 28, 2011

cinta

    Apakah maksud cinta yang sebenarnya ? cinta adalah anugerah illahi fitrah insani.Cakap pasal cinta memang sukar untuk diperkatakan .
    Kalau bertanya kepada sesiapa sekalipun "adakah anda meminati seseorang " sudah semestinya orang tersebut akan berkata"ya" kerana tidak ada dalam dunia ini seorang lelaki yang tidak meminati seorang wanita kecuali orang tersebut tidak normal.
     Jikalau ingin bercinta sememangnya boleh tetapi ada batasannya , ada hadis yang mengatakan bahawa selagi seseorang muslimin tidak memberitahu kepada orang yang dia minati dia akan mendapat pahala.
      Ingatlah juga bahawa dengan timbul rasa cinta dalam hati seseorang akan timbul zina hati dalam diri seseorang.Saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar cinta kepada insan yang lain itu tidak melebihi cinta anda dengan Allah ...

kehidupan

 Bermulanya kehidupan seorang hamba Allah , tanggal 26 januari 1997 dilahirkan di hospital kuala terengganu.Pada umur 5 tahun beliau diasuh di pusat asuhan tunas islam di kamunting, semasa kecil hamba Allah nie baik budaknyea ... tapi apabila umrnye meningkat beliau terikut dengan arus siber yang mempunyai pelbagai 'benda' yang buruk.Apabila dia 'terkantoi' dengan ibu bapanya, baru dia menyesal diatas perbuatannya beliau terus menunaikan solat sunat taubat...Ya Allah peliharalah hambaMu ini , mantapkanlah imannya....ampunkanlah segala dosa2 yang telah dilakukan ....selepas itu kehidupan beliau berubah daripada seorang  yang JAHIL kepada insan yang taat kepada tuhannya ... dan beliau dapat merasakan kemanisan beribadah....