Sunday, August 28, 2011

andaikan ini ramadan terakhir kite....

  Ramadan , bulan yang sangat mulia , bulan yang penuh rahmat dari Sang pencipta...Kedatangannya dinanti oleh para mukminin...bulan dimana umat islam berlumba-lumba beribadat kepada Allah...Ada  yang berzikir,berqiamullail,bace quran dan bersedekah...Allah telah menganugerahkan pahala yang berrrlipat ganda kepada semua umatnya yang menunaikan rukun islam yang pertama,kedua emmm ha! yang ketiga...Jadi rebutlah peluang keemasan ini...




   Pada bulan ini Allah telah mengurniakan malam yang lebih bauk daripada 1000 bulan , bersamaan dengan 80 tahun lebih,bayangkan ... Pada malam ini , sesiapa yang melakukan amal soleh pasti akan mendapat ganjaran yang amat banyak daripada Allah...Betapa Maha pengasihnya Allah pada  kita , Dia kurniakan malam ini untuk kita cucikan hati kita yang sering melakukan khilaf ... subhanallah ...




  Pada bulan ini juga kita dilatih untuk menahan nafssu daripada melakukan perkara2 yang buruk...Di sini saya ingi menceritakan satu kisah dimana Allah telah menanyakan satu soalan kepada nafsu iaitu "Wahai nafsu siapa kau dan siap Aku?'' nafu pun menjawab ''aku ialah aku dan kau ialah kau'' lalu Allah telah menghumbankan nafsu kedalam neraka...dua kali Allah telah menanyakan soalan yang sama kepada nafsu dan nafsu pun menjawab dengan jawapan yang sama...betapa degilnya nafsu ini...




  Buat kali yang ketiga Allah menanyakan soalan itu kepada nafsu dan nafsu pun mengalah dan berkata ''aku ialah hambaMu dan Kau ialah Tuhanku''...Nafsu berkata begitu kerana sebelum itu Allah telah menghumbankan nafsu kedalam neraka tanpa diberi makan dan minum...begitulah kisahnya...








  Di sini ana ingin merungkaikan bahawa apabila nafsu kita    lemah  kita tidak lagi ingin melakukan perkara2 burok tu lagi...







 Kembali kepada tajuk kita iaitu 'Andaikan ini Ramadan terakhir kite '...Bayangkan jika ini Ramadan  terakhir kita ... Kita tidak berpeluang lagi untuk merase nikmatnya dibulan ini ... oh sungguh memilukan ...Jadi gunakan kesempatan yang ade untuk beramal kepada Allah kerana pintu taubat dibuka seluas luasnya ...wassalam dan selamat beramal , salam Aidilfitri...










  

Friday, August 12, 2011

~lailatulqadar~

 Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan izinnya kite dapat hidup dan beramal di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan.Bulan ini seluruh umat islam di dunia ini wajib berpuasa . Pada bulan ini umat islam perlu menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.




   Cakap pasal puasa teringat time ana kecik2 dulu . Malam akhirnya Sya'ban,ana tanya kepada ummi ,
''Ummi esok puaseke?''.Time tu ana excited sangat nak puase.Malam tu ana n kuarge ana tidur awal nak  bangun sahur . Bila bangun sahur je , ana rase ngantuk giler.Boleh katakan kalau nak tidur atas nasi pun boleh sebab ngantuk sangat.


    Bile nak habis puasa ,ana tak sabar2 nak sambut raya,motif utama sebab nak kutip  duit raye banyak2 . Okey tutup citer pasal puasa zaman ana kecik2 dulu.Pada zaman sekarang kalau malam akhir Sya'ban je ramai orang mude akan berase malas nak puase esoknye.Ana tak cakap semua tapi segelintir orang mude sekarang berfikiran seperti itu kerane hanyut dengan duniawi .






   Pada bulan ini bamyak keistimewaan yang umat nabi Muhammad dapat seperti pahala amalan sunat menyamai pahala amalan fardhu di bulan yang lain2 .Pada bulan ini juga terdapat satu malam dimana lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.Pada malam ini Allah memerintahkan para malaikat untuk turun ke dunia untuk melihat hambaNya melakukan perkare ape yang dilakukan oleh hambaNya.Bukan itu je,malaikat juge nak tengok amalan ape yang berbeza dengan amalan yang dilakukan oleh makhluk di atas sane.






    Allah amat menyukai hambaNya yang sering meminte-minte keampunan daripada yang Maha Esa.
Antare petanda yang malam lailatulqadar ialah malam ini kite akan berase tenang je , kalau dapat tidur memang best pada malam ni.Malam ini juga sang unggas berhenti berbunyi.Dan  Rasulullah ada bersabda bahawa carilh malam lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir.






   Pada sepuluh malam terakhir tu kite perlu melipat gandakan amalan kite , manelah tahu kite adelah salah seorang yang mendapat beramal pada malam lailatulqadar .Bagi yang mendapat beramal pada malam ini akan berase begitu tenang kerane pada mase tu diri kite dihampiri oleh para malaikat dana bersegeralah membace zikir ni 'allahummainnaka'afungkarimtuhibbul'afwafa'fuanna'.






    Intihanya,saya menyeru kepada semua umat islam agar melipat gandakan amalan pada bulan ramadan dan jangan lakukan amalan yang banyak-banyak tu pada bulan ramadan je tau, bulan lain pun kene beramal juga...wassalam dan semoge ramadan tahun ni adaelah yang terbaik untuk anda semua...