Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

ibu

     Ibu,seorang wanita yang bergelar ibu ini ialah wanita yang sungguh akan diri kita dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan dia melahirkan kita dengan susah payah...
     Ingatlah wahai anak , janganlah engkau menyakiti hati ibu walaupun dengan mengata ah sekalipun mendapat dosa .  
     Di sini ada satu cerita ada seorang pemuda kampung hidup bersama -sama dengan ibunya . Pemuda ini sangat mentaati perintah ibunya dan pemuda ialah pemuda yang soleh . Pada suatu hari, apabila dia pulang daripada menunaikan solat asar di surau berdekatan dengan rumahnya,dia menunggang motor arwah bapanya apabila dia ingin membelok ke arah kanan di selekoh tajam tanpa disangka sebuah lori melanggarnya . Terbabas pemuda tersebut tanpa diduga , kepalanya pecah , tangannya patah dan mengalir darah daripada tubuhnya . 
     Ibunya mendapat khabar bahawa anaknya kemalangan . Ibunya bergegas pergi ke tempat kejadian , dengan perasaan yang sungguh sedih dan hiba ibunya mengalirkan air jernih dari kolam matanya melihat sekujur tubuh anaknya di atas jalan...
     Kemudian datang beberapa anggota jabatan pertahanan awam ingin membersihkan tempat kejadian , ibunya menghalang pekara itu berlaku kerana ibunya ingin mengangkat beberapa organ badan anaknya yang terkeluar daripada tubuh anaknya....
     Peristiwa ini sungguh menyayat hati .........

No comments:

Post a Comment