Powered By Blogger

Saturday, December 24, 2011

kapel...



ni yg ak dpt ble ak ty ustz sal kpel ni“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” An-Nur: 26 

Bertanya bila kita jahil ilmu agama, tak apa. Tapi bertanya bila dah tau, dengan niat nak cuba membetulkan apa kita buat, to justify our wrongdoings, baik kita istighfar dan mengucap banyak2. Bila seseorang buat maksiat, jangan sesekali dia cuba nak kata apa dia buat tuh betul. 

"Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” AlBaqarah: 38 

Ini bukan isu remaja, ada saja remaja yang tak terjebak dalam maksiat nih. Nak seribu daya,tak nak seribu dalih. 
Jangan jadikan nafsu punca utama kita cuba untuk lari dari hukum Allah. Bila Allah larang, jelas kita kena jauhkan. Saya hamba Allah yang lemah, saya mengaku selalu berlari pergi ke arah Neraka, tapi Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hamba dia yang hina nih. Kita manusia yang lemah, kita sendiri tak tahu kelemahan-kelemahan kita, yang saya pesan pada Kaum Hawa, jangan putus dari bergantung pada Allah. Ingat, hubungan antara lelaki dan perempuan ni, memang kita bermain dengan api. 
Sabda Nabi: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah) 
Kita nih kena ingat,ajal datang bila2. Tujuan kita hidup buat apa? Bercinta tuh sebab apa?Boleh bawa masuk kubur ke yang couple tuh? Kalau rasa keseorangan dalam hidup nih, jelas waktu tuh kita lupa Allah sentiasa dengan kita.Kita sibuk cari cinta manusia yang tak kekal,kita lupa cinta Allah, Tuhan Pencipta kita. Astaghfirullah. 

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Ar-Ra’d :11 

Wallahu'alam, peringatan untuk kita semua. Sedarlah kita, sesaat lepas nih kita boleh mati. Jangan sampai pintu taubat tertutup. Nauzubillah.

Wednesday, December 14, 2011



     Manusie mmg x lps dri mmbuat sbrg ksilpn kn...titik2 hitm akn brde pd hti kite klu kite mlkukn khilaf ... oleh itu mrilh kite IMPROVE diri kite utk mnjdi lbih baek...:)

Tuesday, December 13, 2011



Di saat org x mmprdulikan kite agy...Di saat diri kita ditinds...Di saat diri kite di dlm kesunyian...igtlh bhwe Allah senantiase di sisi kite...

Saturday, December 10, 2011

EcLiPse

Salam kepade smue yg sudi mmbce artikel sy , kli ini sy nk citer tntg eclips...ap tu? dlm bhse mlyu , ia dpggil gerhane...ade due gerhane matehari n bulan...

    Ia trjdi apbila matehari dihlg oleh bulan atau bulan dihalang oleh bumi...pd mlm nie brlku stu lgi kebesaraan Allah yg ditnjukkan oleh Sang Pencipte...iaitu gerhane bulan...first time sy tgk gerhane bulan tu....trigt stu kisah time zamn rasulullah , nabi mnsihti pare shbtnye , yg mne shbt2 nabi mgganggap gerhane pd wktu itu brlku kerna cahye mate nabi mnggl dnia ...prkre tu x ade kaitan pun sabde nabi pd waktu itu...hadis riwayat bukhari & muslim ade mriwytkn tntg prkre tu...

   Nabi juge ade menggalakkn kpd pare shbtnye agr mnunaikn solat sunat ktike brlku grhne shgge hilan tnde2 gerhne tu...wassalam dan selamt beramal...:)

Friday, December 2, 2011


Apa yang Berlaku Selepas Peristiwa Hijrah Nabi SAW?





 Peristiwa hijrah Nabi SAW dan para sahabat digembar-gemburkan oleh puak orientalis sebagai 'melarikan diri'. Walhal, peristiwa hijrah bukanlah melarikan diri, tapi ia dilakukan sebagai salah satu perintah daripada Allah SWT dan merupakan satu strategi untuk mengembangkan dakwah Islam.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [TMQ al-Baqarah(2):218]

Berikut merupakan antara perkara yang berlaku setelah peristiwa Hijrah. Kesan peristiwa Hijrah dapat dirasakan hingga ke hari ini.

1. Persaudaraan antara kaum Aus dan Khazraj
Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit. Maka, perjuangan bangsa adalah perjuangan yang tidak sah. Contohnya memperjuangkan bangsa Melayu.

2. Pembinaan Masjid Quba'
Tibanya Nabi SAW dan para sahabat, mereka membina masjid Quba'. Ini menunjukkan Islam begitu menekankan aspek ibadah dan penyatuan umat melalui masjid. Masjid merupakan tempat beraktiviti dan tempat menjalin ukhuwah yang sangat baik.


3. Pembinaan Pasar
Nabi SAW membina pasar bagi mengasingkan muamalat Islam dengan muamalat Yahudi yang dipenuhi unsur-unsur riba. Ekonomi yang didasarkan dengan aqidah dikembangluaskan dan sistem ekonomi kufur yang menindas dapat ditolak dengan berkesan. Namun sayang... Pada waktu ini, sistem ekonomi Islam hanya sekadar nama dan mereka (para ulama dan ahli ekonomi) tetap menggunakan riba sebagai jantung ekonomi untuk mengepam keluar-masuk wang.

4. Tertegaknya Satu-satunya Negara Islam
Antara matlamat hijrah adalah untuk menerapkan satu-satunya negara Islam. Ini adalah kerana fikrah Islam hanya dapat diterapkan 100% dalam keadaan bernegara. Tanpa sebuah negara, fikrah Islam adalah mustahil untuk diterapkan. Misalnya, hukum hudud dan jihad hanya boleh dilaksanakan oleh pemerintah. Ia haram untuk dilaksanakan oleh individu atau jemaah Islam. Maka di sini, hujah mereka yang menolak politik dan negara Islam adalah tertolak sama sekali. Golongan yang menolak politik dan negara Islam sebenarnya adalah golongan yang melanggar sunnah Nabi SAW walaupun mereka mendakwa mereka adalah golongan yang mengamalkan sunnah.

5. Islam Dikembangkan ke Seluruh Dunia
Dengan kuasa yang ada, Nabi SAW menghantar para sahabat untuk berdakwah ke serata dunia. Mereka adalah tentera merangkap pendakwah yang tidak gentar untuk berhadapan dengan orang kafir. Dalam hal ini, para tentera Islam wajib menawarkan 3 pilihan kepada orang kafir yang didakwah. Yakni:
- Memeluk Islam atau;
- Membayar jizyah sekiranya tidak mahu memeluk Islam atau;
- Diperangi.

Maksud hadis:
"Berperanglah kalian dengan nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah orang-orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah dan janganlah berlebih lebihan, berkhianat dan mendendam. Janganlah membunuh anak kecil. Jika kamu menghadapai musuh dari kalangan orang-orang musryik, maka serulah mereka kepada tiga hal. Mana saja diantara tiga hal itu yang mereka penuhi, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Kemudian serulah mereka kepada Islam. Jika mereka memenuhinya, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Kemudian serulah mereka agar berpindah dari daerah mereka ke daerah Muhajirin. Beritahukanlah mereka bahwa jika mereka mau melaksanakannya, maka mereka akan mendapatkan seperti yang didapatkan orang-orang Muhajirin dan berkewajiban seperti kewajiban orang-orang Muhajirin. Jika mereka menolak untuk berpindah dari sana, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa mereka seperti orang asing bagi orang-orang Muslim. Hukum Allah berlaku atas mereka seperti yang berlaku atas orang-orang Mukmin. Mereka tidak mendapatkan sedikitpun dari harta rampasan perang dan Fa'i, kecuali jika mereka berperang bersama-sama orang Muslim. Jika mereka menolak hal itu maka mintalah Jizyah dari mereka. Jika mereka memenuhi seruanmu, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Jika mereka tetap menolak, maka mintalah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka. [HR Muslim dan Ahmad] 

Antara kesan dakwah Islam ke seluruh dunia adalah:
 

Penaklukan kawasan-kawasan penting seperti Syria, Mesir, Palestin, negara-negara Afrika, dan sebagainya 

-Wafatnya Saad bin Abi Waqas di Canton (China) semasa menyampaikan Islam

-Tertegaknya Khilafah Abbasiyah di Sepanyol 

-Pengutusan Wali Songo (9 orang Gabenor) oleh Khilafah untuk menyampaikan Islam di Nusantara 

-Hubungan kerajaan Melayu dengan Khilafah
Wallahu a'lam

Friday, September 30, 2011


Asam Garam Kehidupan






Kehidupan adalah perjalanan memilih pelbagai pilihan. Justeru, kebolehan membuat keputusan adalah suatu yang penting demi memastikan kehidupan berada pada landasan yang betul. Keputusan yang tepat memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan pihak yang lain turut terlibat. Namun begitu, adakalanya berlaku juga kesilapan dalam membuat keputusan. Hal inilah yang membimbangkan kita.




Ramai antara kita yang takut dalam membuat keputusan kerana takut tersilap. Ada yang tidak dapat menerima kesilapan sehingga tidak dapat bertindak dan sanggup membunuh diri. Yang penting berani mencuba dan berani menerima kegagalan. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan kerana jangkauan akal kita adalah terhad.

Kesilapan harus diterima sebagai panduan kehidupan. Terimalah kesilapan secara positif dan hati terbuka demi keharmonian dalam kehidupan. Resam Melayu mengatakan kehidupan dilalui dengan 'asam garam', iaitu adakalanya masam dan masin yang menggambarkan bahawa kehidupan ini dilalui dengan pelbagai pengalaman yang akhirnya menjadikan kehidupan semakin lengkap.



Perlukah Ada Batasan Alam Siber?

Dunia siber mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat. Hubungan yang terbina berasaskan gerak hati manusia yang memerlukan manusia lain dalam kehidupannya. Justeru, kemesraan akan terjalin apabila ciri keterbukaan menjadi teras dalam hubungan ini. Namun begitu, keterbukaan mestilah dibentengi oleh agama dan budaya bangsa. Mari bersama membina bangsa dengan acuan kita bukannya hanyut bersama dalam arus globalisasi dengan nilai keterbukaan tanpa batasan...mungkin puisi berikut sesuai untuk direnungi(puisi dipetik daripada majalah Solusi, Isu ke-18)


Pencarian


Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.


Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!


Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.


Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!


Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.


Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur.


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan.


Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan
mereka
kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh.


Nor Azleen Shamshuddin
Kluang, Johor
Solusi Isu ke-18, hlm.102

Sunday, August 28, 2011

andaikan ini ramadan terakhir kite....

  Ramadan , bulan yang sangat mulia , bulan yang penuh rahmat dari Sang pencipta...Kedatangannya dinanti oleh para mukminin...bulan dimana umat islam berlumba-lumba beribadat kepada Allah...Ada  yang berzikir,berqiamullail,bace quran dan bersedekah...Allah telah menganugerahkan pahala yang berrrlipat ganda kepada semua umatnya yang menunaikan rukun islam yang pertama,kedua emmm ha! yang ketiga...Jadi rebutlah peluang keemasan ini...




   Pada bulan ini Allah telah mengurniakan malam yang lebih bauk daripada 1000 bulan , bersamaan dengan 80 tahun lebih,bayangkan ... Pada malam ini , sesiapa yang melakukan amal soleh pasti akan mendapat ganjaran yang amat banyak daripada Allah...Betapa Maha pengasihnya Allah pada  kita , Dia kurniakan malam ini untuk kita cucikan hati kita yang sering melakukan khilaf ... subhanallah ...




  Pada bulan ini juga kita dilatih untuk menahan nafssu daripada melakukan perkara2 yang buruk...Di sini saya ingi menceritakan satu kisah dimana Allah telah menanyakan satu soalan kepada nafsu iaitu "Wahai nafsu siapa kau dan siap Aku?'' nafu pun menjawab ''aku ialah aku dan kau ialah kau'' lalu Allah telah menghumbankan nafsu kedalam neraka...dua kali Allah telah menanyakan soalan yang sama kepada nafsu dan nafsu pun menjawab dengan jawapan yang sama...betapa degilnya nafsu ini...




  Buat kali yang ketiga Allah menanyakan soalan itu kepada nafsu dan nafsu pun mengalah dan berkata ''aku ialah hambaMu dan Kau ialah Tuhanku''...Nafsu berkata begitu kerana sebelum itu Allah telah menghumbankan nafsu kedalam neraka tanpa diberi makan dan minum...begitulah kisahnya...








  Di sini ana ingin merungkaikan bahawa apabila nafsu kita    lemah  kita tidak lagi ingin melakukan perkara2 burok tu lagi...







 Kembali kepada tajuk kita iaitu 'Andaikan ini Ramadan terakhir kite '...Bayangkan jika ini Ramadan  terakhir kita ... Kita tidak berpeluang lagi untuk merase nikmatnya dibulan ini ... oh sungguh memilukan ...Jadi gunakan kesempatan yang ade untuk beramal kepada Allah kerana pintu taubat dibuka seluas luasnya ...wassalam dan selamat beramal , salam Aidilfitri...










  

Friday, August 12, 2011

~lailatulqadar~

 Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan izinnya kite dapat hidup dan beramal di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan.Bulan ini seluruh umat islam di dunia ini wajib berpuasa . Pada bulan ini umat islam perlu menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.




   Cakap pasal puasa teringat time ana kecik2 dulu . Malam akhirnya Sya'ban,ana tanya kepada ummi ,
''Ummi esok puaseke?''.Time tu ana excited sangat nak puase.Malam tu ana n kuarge ana tidur awal nak  bangun sahur . Bila bangun sahur je , ana rase ngantuk giler.Boleh katakan kalau nak tidur atas nasi pun boleh sebab ngantuk sangat.


    Bile nak habis puasa ,ana tak sabar2 nak sambut raya,motif utama sebab nak kutip  duit raye banyak2 . Okey tutup citer pasal puasa zaman ana kecik2 dulu.Pada zaman sekarang kalau malam akhir Sya'ban je ramai orang mude akan berase malas nak puase esoknye.Ana tak cakap semua tapi segelintir orang mude sekarang berfikiran seperti itu kerane hanyut dengan duniawi .






   Pada bulan ini bamyak keistimewaan yang umat nabi Muhammad dapat seperti pahala amalan sunat menyamai pahala amalan fardhu di bulan yang lain2 .Pada bulan ini juga terdapat satu malam dimana lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.Pada malam ini Allah memerintahkan para malaikat untuk turun ke dunia untuk melihat hambaNya melakukan perkare ape yang dilakukan oleh hambaNya.Bukan itu je,malaikat juge nak tengok amalan ape yang berbeza dengan amalan yang dilakukan oleh makhluk di atas sane.






    Allah amat menyukai hambaNya yang sering meminte-minte keampunan daripada yang Maha Esa.
Antare petanda yang malam lailatulqadar ialah malam ini kite akan berase tenang je , kalau dapat tidur memang best pada malam ni.Malam ini juga sang unggas berhenti berbunyi.Dan  Rasulullah ada bersabda bahawa carilh malam lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir.






   Pada sepuluh malam terakhir tu kite perlu melipat gandakan amalan kite , manelah tahu kite adelah salah seorang yang mendapat beramal pada malam lailatulqadar .Bagi yang mendapat beramal pada malam ini akan berase begitu tenang kerane pada mase tu diri kite dihampiri oleh para malaikat dana bersegeralah membace zikir ni 'allahummainnaka'afungkarimtuhibbul'afwafa'fuanna'.






    Intihanya,saya menyeru kepada semua umat islam agar melipat gandakan amalan pada bulan ramadan dan jangan lakukan amalan yang banyak-banyak tu pada bulan ramadan je tau, bulan lain pun kene beramal juga...wassalam dan semoge ramadan tahun ni adaelah yang terbaik untuk anda semua...

Saturday, June 25, 2011

tanda hitam pada dahi...



“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]
Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri. Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam hidup (bukan maksum).
Dan tak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak. Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.
Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.
Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi.

Friday, June 24, 2011

jilbab...

Go to fullsize imagePada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :

Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:


“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)


2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah

memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.(dipetik daripada artikel dalam kumpulan pena muslimeen sejati)...

Friday, June 10, 2011

cinta cyber...(alam maya)

Go to fullsize image  Pada zaman IT sekarang nie banyak teknologi yang boleh menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja.Dengan itu kita lebih senang berhubung daripada dulu yang kena hantar surat , jangka masa yang agak lama  untuk sampai kepada si penerima ...


 Cinta cyber???apa itu cinta cyber...cinta cyber adalah bercinta di alam maya ... Bagi sayalah cinta cyber ini tak salah bagi golongan yang ingin mencari jodoh...ia lebih mudah dan selamat ... Tapi perlu ingat bahawa kita prlu jujur dalam percintaan di alam maya ... Bagi golongan muda pula yang masih bersekolah , saya sanrankan tak usahlah bercinta di alam maya mahupun di alam realiti ...


 Memanglah cinta itu fitrah , bagi sesiapapun tidak kira tua atau muda ... Ia akan mengganggu pelajaran kita , contoh kita mesti teringat akan si dia time belajar di sekolah ... Jadi tak payahlah nak bercinta time sekolah ... Sia-sia je ... Bak kata orang tua-tua cinta monyet...




 Saya ingin kongsi satu cerita di mana ada seorang pemuda ni , die ingin mencari jodoh dalam alam maya , die ingin menambah kenalan dalam 'facebook' die 'add' seorang wanita yang dia tak kenal pun sebelum nie ..




 Mule-mulenye die berkngsi tentang kerjaya ... Selama 7 bulan die berkenalan dalam alam maya , tanpa bersua muka ... Pagi , petang , siang , malam si pemuda nie 'chat' ngan wanita nie ... si pemuda nie layan je setiap perkara yang dikongsi oleh wanita tersebut...Mereka saling nasihat menasihati...




  Akhirnya wanita tersebut mengajak si pemuda tersebut bertemu dengannya di suatu tempat ... itlah kali pertama merek bersua muka ... Pada masa itu mereka berdua mengungkapkan kalimah yang menyatukan hati mereka berdua iaitu ... Saya tak payah tulis mesti pembaca mengetahuinya kan ...


 Mereka berdua menjadi pasangan suami isteri yang yang saling menyintai ... Jadi jelaslah dan terbukiti bahawa cinta cyber memang bagus untuk golongan yang ingin mencari jodoh ... SEKIAN...

Friday, June 3, 2011

maksiat...

5 syarat nak buat maksiat

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." 

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: 

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. 

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata: 

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! 

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: 

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab: 

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. 

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT

Friday, May 20, 2011

warkah untuk ummi...

               Assalamualaikum ummi , diharap ummi dalam keadaan sihat . Ummi , arif tulis warkah  kerana ada sesuatu yang ingin arif perkatakan .
Go to fullsize image

              Ummi , selama ummi jaga arif selama ini , ummi tak pernah kenal erti putus asa , menyesal dan mengalah . Dulu , mase arif kecil arif suka buat ummi marah macam nakkan sesuatu separti mainan dan sebagainya . Tapi ummi tak pernah mengendahkan segala telatah arif . Time hari lahir arif , ummi suke bagi hadiah kat arif , macam kek , mainan dan lain-lain .
             
             Ummi , bile arif dah besar arif suke sakitkan hati ummi , macam-macam perbuatan yang arif lakukan . Ummi , maafkan arif tau . Ummi kalau ummi nak pergi haji doakan kesejahteraan  arif  dunia dan akhirat.




           Ummi , seandainya ajal arif sudah dekat , maafkan segala salah dan silap arif selama ini , halalkan makan dan minum arif . Satu je arif nak "Ummi jangan 'pergi' dulu ".Wassalam...




                                                                                                                                  dari anakmu ,
                                                                                                                                   arif


                                                                                                                                 

Saturday, May 14, 2011

hati

                      Go to fullsize image

    Hati ini ibarat cermin seseorang muslim , jika baik hati itu baiklah akhlak seseorang muslim tersebut.
Hati ini ada 3 peringkat iaitu qalbus sahih , qalbul marid dan qalbul maiyit...

  1.qalbus sahih ibarat tanah yang subur yang apabila disirami dengan air hujan ia akan mengeluarkan hasil yang subur . Tanda - tanda orang yang memiliki hati ini adalah :
a.sering mengingati Allah iaitu apabila dia ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dia akan ingat pada Allah.
b.menyesal apabila melakukan sesuatu perkara yang kurang baik iaitu dia akan cepat -cepat memohon maaf kepada Yang Maha Pengampun .
c.mencintai al-quran iaitu apabila waktu lapang dia akan membaca al- quran dan dia akan melakukan semua aktiviti seharian berlandaskan al-quran dan assunah.



      2.Qalbul marid  ibarat tanah yang kurang subur ia seperti lumpur yang hanya menyerap air hujan dan tidak mengeluarkan hasil . Tanada- tanda orang yang memiliki hati ini adalah:
a,nak enjoy je hidupnya  bermaksud sebarang teguran dan nasihat daripada orang lain tidak diambil peduli...
b.tidak kisah pada hal- hal agama , contohnyalah seseorang ini dinasihati agar memakai tudung kerana itu suruhan Allah terhadap hambanya dan wanita tersebut berkata "suka hati I lah nak pakai tudung ke tak , itu hak I " . 
c.apabila dia melakukan sebarang dosa , ada timbul sedikit penyesalan dalam dirinya .




    3.Qalbul maiyit ibarat tanah yang keras seperti tanah pada waktu kemarau , ia tidak menyerap air apatah lagi mengeluarkan hasil .Tanda- tanda orang yang memiliki hati ini adalah orang yang tidak mahu dinya dinasihati dan ditegur. Di sini ade satu citer , ade sorang mat rempit nie die tengah rempit , dekat highway , pastu ade orang call die dab kate yang mak die nak meninggal dia pun pulan ke rumah dan melihat sekujur tubuh yang terbaring dan tunggu mase untuk ditarik rohnya oleh malaikat maut. Akhirnya ibu mat rempit nie meninggal , die follow belakang van jenazah , pastu sampai di tanah perkuburan jenazah ibunya ditanam dab ditalkinkan . Lepas habis semua tu si mat rempit nie kembali ke highway dan terus merempit . Berdasarkan citer nie jelaslah bahawa mat rempit tu tidak ade rase insaf langsung dalam diri die hanya hidayah daripada Allah yang boleh mengubah dirinya ke                
arah kebaikan...







                                       .

Friday, February 25, 2011

lillahita'ala

    Lilahita'ala , apa maksud lilahita'ala  lilahita'ala bermaksud kerana Allah taala . Apa saja perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah ta'ala . Dalam Al-quran ada menyebut bahawa solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanya kerana Allah ta'ala .


    Solat , dalam solat bagi umat islam zaman sekarang  ni kalau ditanya mesti merek menjawab bahawa mereka tidak berpa khusyuk dalam solat kerana iman umat islam zaman sekarang tidak semantap dan seteguh iman para sahabat rasul . Kalau soalan yang menyatakan bahawa adakah solat anda khuyuk dan ditujukan kepada saya , saya juga akan menjawab tidak berapa khusyuk ... Saya menasihatkan kepada pembaca dan diri saya sendiri agar usahakan agar kita semua dapat khusyuk dalam solat ...
Selain itu , saya juga ingin menasihatkan agar jika solat kerana Allah ta'ala , bukan kerana disuruh oleh ibu atau ayah , atau sesiapa sahaja ..
   


  Ibadah, dalam bab ibadah ni saya fokuskan kepada memberi zakat atau derma yang selalu dilakukan oleh beberapa orang di negara kita . Apabila ingin memberi zakat atau ingin derma , saya  nasihatkan kepada pembaca agar janganlah anda menunjuk-nunjuk  dalam melakukan ibadah ...




                                           Hidup , hidup ini juga mesti kerana Allah ta'ala , 






     Matiku, mati  kita juga  mesti kerana Allah ta'ala . Seperti pepatah budak remaja zaman sekarang 'you jump i jump, you die i die' . Pepatah itu mengatakan bahawa mati kerana manusia dan senang cakap bunuh diri kerana 'frust' sebab putus cinta dan sebagainya ....






    Akhir skali, saya ingin menasihatkan kepada anda semua agar usahakan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara LILLAHITA'ALA.....

Wednesday, February 2, 2011

perpisahan

   Setiap pertemuan ini pasti akan ada perpisahan , jadi sebelumnya ada perpisahan ini pasti ada pertemuan tak kira antara sepasang kekasih atau sepasang sahabat.....Dalam hubungan persahabatan terutamanya pasti ada pertelingkahan yang berlaku .


                       "aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku , sahabat yang baik adalah yang sering denganku & menjaga nama baikku , ketika aku hidup mahupun selepas mati , ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkanalan kerana aku akan merasa senang , semakin ramai sahabat , aku smakin percaya diri , aku selau berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka , jika aku dapat , aku ingin setia padanya......"
                                                                                                               (imam syafie)

     Jadi kepada pembaca semua apabila anda bersahabat janganlah menyakiti hatinya atau jika sahabat anda menyakiti hati anda hendaklah anda semua bersabar ..... kerana sabar itu sebahagian daripada iman ..... apabila perpisahan berlaku janganlah anda bersedih kerana akan ada lagi sahabat yang lebih baik daripada yang sebelumnya ..........

Sunday, January 30, 2011

pesanan

  Salam , ini pesanan kepada pelajar2 asrama terutama lelaki , kalau anda bermain pada waktu petang dan berpeluh tukarlah baju anda kerana sesiapa yang sensitive terhadap virus yang menyebabkan kegatalan akan menyebabkan badannya penuh dengan kudis ... Tidak lupa juga kalau anda berpenyakit ibu dan bapa pasti akan memarahi anda dan akan ada orang yang enggan menghampiri diri anda...

Saturday, January 29, 2011

ibu

     Ibu,seorang wanita yang bergelar ibu ini ialah wanita yang sungguh akan diri kita dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan dia melahirkan kita dengan susah payah...
     Ingatlah wahai anak , janganlah engkau menyakiti hati ibu walaupun dengan mengata ah sekalipun mendapat dosa .  
     Di sini ada satu cerita ada seorang pemuda kampung hidup bersama -sama dengan ibunya . Pemuda ini sangat mentaati perintah ibunya dan pemuda ialah pemuda yang soleh . Pada suatu hari, apabila dia pulang daripada menunaikan solat asar di surau berdekatan dengan rumahnya,dia menunggang motor arwah bapanya apabila dia ingin membelok ke arah kanan di selekoh tajam tanpa disangka sebuah lori melanggarnya . Terbabas pemuda tersebut tanpa diduga , kepalanya pecah , tangannya patah dan mengalir darah daripada tubuhnya . 
     Ibunya mendapat khabar bahawa anaknya kemalangan . Ibunya bergegas pergi ke tempat kejadian , dengan perasaan yang sungguh sedih dan hiba ibunya mengalirkan air jernih dari kolam matanya melihat sekujur tubuh anaknya di atas jalan...
     Kemudian datang beberapa anggota jabatan pertahanan awam ingin membersihkan tempat kejadian , ibunya menghalang pekara itu berlaku kerana ibunya ingin mengangkat beberapa organ badan anaknya yang terkeluar daripada tubuh anaknya....
     Peristiwa ini sungguh menyayat hati .........

epal...

   Wanita ibarat epal yang segar diatas pokok . Wanita yang solehah ibarat epal yang berada di atas sekali , apabila merendahkan martabatnya ibarat epal yang gugur ke atas tanah . Hanya lelaki yang soleh dan tabah sahaja boleh mendapat wanita yang solehah ibarat epal yang berada diatas sekali di atas pokok...

Friday, January 28, 2011

cinta

    Apakah maksud cinta yang sebenarnya ? cinta adalah anugerah illahi fitrah insani.Cakap pasal cinta memang sukar untuk diperkatakan .
    Kalau bertanya kepada sesiapa sekalipun "adakah anda meminati seseorang " sudah semestinya orang tersebut akan berkata"ya" kerana tidak ada dalam dunia ini seorang lelaki yang tidak meminati seorang wanita kecuali orang tersebut tidak normal.
     Jikalau ingin bercinta sememangnya boleh tetapi ada batasannya , ada hadis yang mengatakan bahawa selagi seseorang muslimin tidak memberitahu kepada orang yang dia minati dia akan mendapat pahala.
      Ingatlah juga bahawa dengan timbul rasa cinta dalam hati seseorang akan timbul zina hati dalam diri seseorang.Saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar cinta kepada insan yang lain itu tidak melebihi cinta anda dengan Allah ...

kehidupan

 Bermulanya kehidupan seorang hamba Allah , tanggal 26 januari 1997 dilahirkan di hospital kuala terengganu.Pada umur 5 tahun beliau diasuh di pusat asuhan tunas islam di kamunting, semasa kecil hamba Allah nie baik budaknyea ... tapi apabila umrnye meningkat beliau terikut dengan arus siber yang mempunyai pelbagai 'benda' yang buruk.Apabila dia 'terkantoi' dengan ibu bapanya, baru dia menyesal diatas perbuatannya beliau terus menunaikan solat sunat taubat...Ya Allah peliharalah hambaMu ini , mantapkanlah imannya....ampunkanlah segala dosa2 yang telah dilakukan ....selepas itu kehidupan beliau berubah daripada seorang  yang JAHIL kepada insan yang taat kepada tuhannya ... dan beliau dapat merasakan kemanisan beribadah....