Powered By Blogger

Friday, February 25, 2011

lillahita'ala

    Lilahita'ala , apa maksud lilahita'ala  lilahita'ala bermaksud kerana Allah taala . Apa saja perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah ta'ala . Dalam Al-quran ada menyebut bahawa solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanya kerana Allah ta'ala .


    Solat , dalam solat bagi umat islam zaman sekarang  ni kalau ditanya mesti merek menjawab bahawa mereka tidak berpa khusyuk dalam solat kerana iman umat islam zaman sekarang tidak semantap dan seteguh iman para sahabat rasul . Kalau soalan yang menyatakan bahawa adakah solat anda khuyuk dan ditujukan kepada saya , saya juga akan menjawab tidak berapa khusyuk ... Saya menasihatkan kepada pembaca dan diri saya sendiri agar usahakan agar kita semua dapat khusyuk dalam solat ...
Selain itu , saya juga ingin menasihatkan agar jika solat kerana Allah ta'ala , bukan kerana disuruh oleh ibu atau ayah , atau sesiapa sahaja ..
   


  Ibadah, dalam bab ibadah ni saya fokuskan kepada memberi zakat atau derma yang selalu dilakukan oleh beberapa orang di negara kita . Apabila ingin memberi zakat atau ingin derma , saya  nasihatkan kepada pembaca agar janganlah anda menunjuk-nunjuk  dalam melakukan ibadah ...




                                           Hidup , hidup ini juga mesti kerana Allah ta'ala , 






     Matiku, mati  kita juga  mesti kerana Allah ta'ala . Seperti pepatah budak remaja zaman sekarang 'you jump i jump, you die i die' . Pepatah itu mengatakan bahawa mati kerana manusia dan senang cakap bunuh diri kerana 'frust' sebab putus cinta dan sebagainya ....






    Akhir skali, saya ingin menasihatkan kepada anda semua agar usahakan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara LILLAHITA'ALA.....

Wednesday, February 2, 2011

perpisahan

   Setiap pertemuan ini pasti akan ada perpisahan , jadi sebelumnya ada perpisahan ini pasti ada pertemuan tak kira antara sepasang kekasih atau sepasang sahabat.....Dalam hubungan persahabatan terutamanya pasti ada pertelingkahan yang berlaku .


                       "aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku , sahabat yang baik adalah yang sering denganku & menjaga nama baikku , ketika aku hidup mahupun selepas mati , ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkanalan kerana aku akan merasa senang , semakin ramai sahabat , aku smakin percaya diri , aku selau berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka , jika aku dapat , aku ingin setia padanya......"
                                                                                                               (imam syafie)

     Jadi kepada pembaca semua apabila anda bersahabat janganlah menyakiti hatinya atau jika sahabat anda menyakiti hati anda hendaklah anda semua bersabar ..... kerana sabar itu sebahagian daripada iman ..... apabila perpisahan berlaku janganlah anda bersedih kerana akan ada lagi sahabat yang lebih baik daripada yang sebelumnya ..........