Saturday, June 25, 2011

tanda hitam pada dahi...



“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]
Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri. Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam hidup (bukan maksum).
Dan tak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak. Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.
Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.
Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi.

Friday, June 24, 2011

jilbab...

Go to fullsize imagePada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :

Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:


“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)


2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah

memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.(dipetik daripada artikel dalam kumpulan pena muslimeen sejati)...

Friday, June 10, 2011

cinta cyber...(alam maya)

Go to fullsize image  Pada zaman IT sekarang nie banyak teknologi yang boleh menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja.Dengan itu kita lebih senang berhubung daripada dulu yang kena hantar surat , jangka masa yang agak lama  untuk sampai kepada si penerima ...


 Cinta cyber???apa itu cinta cyber...cinta cyber adalah bercinta di alam maya ... Bagi sayalah cinta cyber ini tak salah bagi golongan yang ingin mencari jodoh...ia lebih mudah dan selamat ... Tapi perlu ingat bahawa kita prlu jujur dalam percintaan di alam maya ... Bagi golongan muda pula yang masih bersekolah , saya sanrankan tak usahlah bercinta di alam maya mahupun di alam realiti ...


 Memanglah cinta itu fitrah , bagi sesiapapun tidak kira tua atau muda ... Ia akan mengganggu pelajaran kita , contoh kita mesti teringat akan si dia time belajar di sekolah ... Jadi tak payahlah nak bercinta time sekolah ... Sia-sia je ... Bak kata orang tua-tua cinta monyet...




 Saya ingin kongsi satu cerita di mana ada seorang pemuda ni , die ingin mencari jodoh dalam alam maya , die ingin menambah kenalan dalam 'facebook' die 'add' seorang wanita yang dia tak kenal pun sebelum nie ..




 Mule-mulenye die berkngsi tentang kerjaya ... Selama 7 bulan die berkenalan dalam alam maya , tanpa bersua muka ... Pagi , petang , siang , malam si pemuda nie 'chat' ngan wanita nie ... si pemuda nie layan je setiap perkara yang dikongsi oleh wanita tersebut...Mereka saling nasihat menasihati...




  Akhirnya wanita tersebut mengajak si pemuda tersebut bertemu dengannya di suatu tempat ... itlah kali pertama merek bersua muka ... Pada masa itu mereka berdua mengungkapkan kalimah yang menyatukan hati mereka berdua iaitu ... Saya tak payah tulis mesti pembaca mengetahuinya kan ...


 Mereka berdua menjadi pasangan suami isteri yang yang saling menyintai ... Jadi jelaslah dan terbukiti bahawa cinta cyber memang bagus untuk golongan yang ingin mencari jodoh ... SEKIAN...

Friday, June 3, 2011

maksiat...

5 syarat nak buat maksiat

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." 

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: 

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. 

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata: 

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! 

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: 

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab: 

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. 

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT