Powered By Blogger

Monday, November 22, 2010

risalah............

Saya mengikuti kuliah maghrib di sekolah SMKAK iaitu sekolah saya ,


                Pada malam tersebut saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh pelajar senior sekolah saya dengan penuh tekun........Tajuk kuliah maghrib yang disampaikan olehnya ialah RISALAH.........



               Senior tersebut menceritakan suatu kisah yang ada kaitan dengan RISALAH ......Kisahnya bermula dengan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai tiga orang anak yang soleh-solehah.
Kegiatan anak-anaknya ialah pada setiap hari jumaat selepas solat jumaat , ayahnya menyuruh anak- anaknya mengedarkan risalah-risalah tentang agama kepada jiran-jiran tetangga........



              Anak-anaknya mentaati perintah ayahnya itu tanpa alasan , itulah anak yang soleh dan solehah.
Pada suatu hari hujan lebat membasahi tempat dimana tempat yang keluarga tersebut tinggal ,
anak lelakinya ingin keluar mengedarkan risalah yang diberikan oleh ayahnya , sebelum anak lelakinya 
keluar, ayahnya memberi nasihat agar berhati-hati semasa mengedarkan risalah-risalah tersebut.....




            Anaknya berjalan sambil memegang risalah yang agak banyak .Satu demi satu risalah diedarkan kepada jiran-jiran tetangga . Susah juga anak lelakinya mengedarkan risalah tersebut kerana anaknya perlu memegang payung agar badannya tidak basah dihujani air hujan . Akhirnya tinggal satu sahaja risalah yang perlu diedarkan , anaknya berjalan dan menemui sebuah rumah banglo yang agak besar
anak lelakinya pergi ke rumah banglo tersebut dan mengetuk pintu sambil memberi salam, agak lama juga anak lelakinya menunggu penghuni rumah tersebut keluar.



           Seperti yang dihajatkan oleh anak lelakinya penghuni rumah tersebut keluar , selepas itu keluarlah seorang wanita yang dalam keadaan tidak terurus anaknya pun terus memberikan risalah tersebut.

          




            Pada suatu hari sedang ayahnya memberi kuliah , bangun seorang wanita yang berada di saf muslimat , wanita tersebut menceritakan pengalamannya sewaktu mendapat risalah daripada seorang budak yang bercahaya wajahnya ." Dengan pemberian daripada budak tu saya terasa suatu NUR
dan HIDAYAH daripada ALLAH datang kepada saya kerana sebelum saya mendapat risalah tersebut saya sudah bersiap sedia untuk BUNUH DIRI.................."





            Dengan cerita yang diceritakan oleh wanita tersebut timbul perasaan setinggi-tinggi syukur kehadrat illahi kerana telah dikurniakan anak yang soleh ............

No comments:

Post a Comment