Ini ada sebuah kisah yang dimana ada seorang pemuda berbangsa arab yang suka mengembara.
Pada suatu hari, sedang pemuda itu keletihan akibat mengembara , dia berehat di sepohon pokak di tebing sungai , selepas itu sebiji epal melalui dihadapannya mengikut arus sungai tersebut , kebetulan pemuda itu lapar dan dia memakan buah epal tersebut . Diaa berfikir sejenak , adakah buah yang dimakannya itu ada tuannya atau tidak , dia mengiktut aliran sungai tersebut dan menemui sebuah rumah dan di sebelahnya ada sebuah ladang,"buah ini mesti dari ladang ini"kata pemuda tersebut di dalam hati .
Dia pun melangkan kakinya ke halaman rumah tersebut dan mengucapkan salam kepada penghuni rumah tersebut , suara lelaki yang sudah berumur kedengaran , dia menanya "adakah buah epal yang saya makan ini adalah buah dari ladang ini?"lelaki tua tersebut menjawab "ya memang betul buah tersebut buah dari ladang saya" pemuda tersebut berkata lagi"pak cik halalkan buah yang saya makan ni"lelaki tua tersebut halalkan tetapi dengan syarat pemuda tersebut perlu bekerja dengan lelaki tersebut selama 8 tahun . Pemuda tersebut melakukan apa yang disuruh oleh lelaki tua tersebut.
Sudah 8 tahun berlalu , pemuda tersebut ingin mengizinkannya pulang.Lelaki tua tersebut memberhentikan niat pemuda tersebut pulang . Lelaki tua tersebut memberi ganjaran diatas jasa pemuda tersebut . Ganjarannya adalah pemuda tersebut dikahwinkan dengan anak lelaki tua tersebut yang PEKAK , BISU DAN CACAT...pemuda tersebut terpaksa bersetuju dengan ganjaran tersebut .
Pada malam pertama selepas dinikahkan pemuda tersebut dengan anak lelaki tua tersebut , pemuda tersebut melihat isterinya yang sebenarnya tidak PEKAK , BISU dan CACAT malahan seperti wanita yang lain . Pemuda tersebut pun menanyakan tentang anak lelaki tua tersebut .Lelaki tua tersebut menjawab anaknya sebenarnya tidak pernah mendengar perkara yang tidak elok , melihat perkara yang tidak elok ,dan melakukan perkara yang tidak elok ....
Kesimpulanya lelaki yang baik untuk wanita yang baik
No comments:
Post a Comment